hanya keranamu

Assalamualaikum..hawa nk share something nih...maybe ramai yang tahu and ada jugak yg tak tahu..apa2 pun as a muslimah..kita kena tau jgak...
enjoy your reading
Tahukah tak? Kerana perempuanlah lelaki boleh masuk Neraka. Perempuan ni jugak sangat berkuasa kerana menjadi fitnah kepada dunia. ada 4 golongan lelaki yang masuk Neraka kerana perempuan:
  • 1. Ayah
  • 2. Suami
  • 3.saudara lelaki
  • 4. Anak Lelaki

“Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke Neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke Neraka.”
Tidakkah dikau sayang dan kasihkan ayahmu?? ~semua sayangayah masing2 kan??
Sanggupkah dikau biarkan ayah di Neraka sendirian HANYA KERANAMU??~tak sanggupkan??~
Dia ayahmu. Ayah yang membesarkanmu. Dia didik dikau bagai menatang minyak yang penuh tetapi di Akhirat nanti, dikau biarkan dia di Neraka. Dikau persalahkan dia kerana kurangnya didikan agama. Sanggupkah dikau?
~tak sanggupkan?? so..kita jangan jdik mcm ni..~
Wahai isteri,
Suamimu adalah lelaki yang dikau cintai. Dia adalah suami yang dikau telah kahwini. Dialah yang memberimu nafkah, mendidik anak-anak. Dialah yang bersamamu tika dikau susah. Dialah yang memberi kegembiraan ke dalam dirimu tika dikau sedih. Dialah pendorong untuk dikau tabah dan sabar dengan segala kesusahan. Dia penat bekerja mencari nafkah untukmu dan anak-anakmu.~ini untuk yg berkahwin...yg blum mcm hawa ni masih ada 3 lelaki yg pikul tanggungjawab tuk kita~


Wahai adik perempuan,
Abangmu adalah lelaki yang bakal menggantikan ayahmu. Dialah yang akan menjadi pengganti ayahmu mencari nafkah demi keluarga. Dialah yang akan berpenat lelah untuk mencari nafkah. Dia adalah tempat untuk kau mengadu masalah yang pernah kau adukan pada ayah pada suatu masa dahulu. Tetapi apabila ayah tiada, dialah yang menjadi penggantinya.~bersyukurla sbb ada abang ramai~

Wahai ibu,
Anak lelakimu adalah darah dagingmu. Ibu pasti sayang anak lelakimu kerana dialah darah dagingmu yang dikau lahirkan, yang dikau belai ketika kecil, yang dikau suapkan makan, yang dikau berikan keperluan tika dia perlukan. Ibu, dia anakmu. Ibu pasti sayang dia dengan perasaan sangat dalam.


Sanggupkah dikau biarkan anak lelakimu yang merupakan anakmu yang sangat disayangi ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??



Marilah kita berubah daripada perempuan kepada muslimah sejati agar 4 golongan lelaki ini tidak menjadi mangsa tarikan kita ke Neraka HANYA KERANA PEREMPUAN. Mereka bukanlah ahli maksum yang terpelihara daripada dosa tetapi mereka juga melakukan dosa. Namun jika dosa mereka tidak mampu mereka tampung, apetah lagi, menampung dosa kita.


tak rugi kalau kita berubah..Allah tak melihat pada natijahnya tpi pada ijtihadnya.  
wassalam...

No comments:

Dewasa

Hidup kita berbeza-beza. Tiada yang cepat, tiada yang lambat Jalan sudah terukir Hanya kau terima atau tidak Alhamdulillah, Tahun 2022 semua...