Tiada yang cepat, tiada yang lambat
Jalan sudah terukir
Hanya kau terima atau tidak
Alhamdulillah,
Tahun 2022 semuanya bermula. Rezeki datang tanpa diduga. Dia Maha Baik, Dia Maha Pemberi Rezeki.
Menerima tawaran untuk ke Diploma Pengurusan Awam (DPA) pada awal Februari dan Alhamdulillah berjaya tamatkan kursus dalam tempoh 10 bulan pada Disember 2022. Dan seterusnya dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya.
Awal tahun 2023, direzekikan untuk bertukar status ke isteri orang. Alhamdulillah. Persiapan pernikahan berjalan lancar, Allah mudahkan segalanya. Dari A hingga Z mostly diuruskan oleh si suami sebabnya si isteri ni stay nun jauh dari Kedah dan segala persiapan thru online saja. Tapi betullah kalau niat kita baik, inshaAllah semuanya dipermudahkan. Takde satu pun yang rasa terbeban.
Hampir 10 bulan PJJ dengan suami, macam-macam perasaan datang, betullah PJJ ni untuk orang yang kuat saja. Berkat doa dan usaha, suami tercinta dapat tawaran kerja berdekatan Putrajaya. Sujud syukur tak terhingga, seksaan perasaan dah tamat. Alhamdulillah. Mungkin rezeki anak jugak untuk stay dekat dengan ayahnya.
Oh ya, pertengahan 2023, alhamdulillah direzekikan lagi dengan kehadiran zuriat pertama kami. Rezeki makin datang dalam pelbagai cara. Satu persatu Dia tunjuk keberkatan pernikahan ni. Semoga Baby Junior HH dalam kasih sayangNya. Tak sabar nak tunggu dia keluar.
Untuk tahun 2024, sedikit dugaan untuk kami sekeluraga, ayah disahkan strok awal Februari. Bermacam-macam rasa datang. Tak mudah untuk uruskan pesakit strok. Ayah dah start lupa tapi masih ingat nama anak-anak dan solat. Doakan ayah sihat seperti sebelum ni dan dapat jumpa cucu baru nanti.
No comments:
Post a Comment