a short escape to Pangkor

Good morning guys! Eh, rasa macam dah tengah hari .Tapi macam pagi lagi. Tengahari ke pagi nih? Ahh, pa pe je lah.

So, today tak de tazkirah pepanjang, educated post or life quote ke apa, cumanya i nak share about our trip to Pangkor yesterday. Yuhuuuu!

Actually trip nih bukan plan asal kitorang. Plan asal nak pergi Pulau Perhentian yang lagi cantik, best vavaavoom tu tapi disebabkan beberapa halangan , so kitorang decided Pulau Pangkor. Dan untuk trip nih agak lama kitorang cari orang sebabnya kengkawan plan asal (ke P.Perhentian) tak dapat join. Selepas 2-3 minggu , barulah dapat the exact number of members. Itu pun puas PM sensorang.

So, here we go!




Kitorang semua datang dari tempat lain-lain. Aku dengan Syafiqah ( kawan UIA) dari KL. Aman & Jat from Alor Setar ( kot) and Auni & Sarihah from Gurun. Dan semua menuju ke Manjung. Sebab di Manjung ada kawan Jat, dia yang pick up kitorang untuk ke  Jeti Lumut. Atiqah ( kawan Jat) and her family are soooooo nicee. Serius cakap. Diorang sediakan makan minum (beli tau, bukan masak), pick up kitorang semua, sediakan rumah asing pulak tu. Ohhh my !! May Allah bless them.

Sampai je Jeti Lumut, Atiqah bawak kitorang terus ke kaunter tiket.Oh ya, waktu tu dah pukul 2 rasanya. Tak tengok jam sangat sebab dah terover excited. Hihihihi.
Murah je, tiket pergi balik sorang RM14.00. Simpan tiket nih elok-elok, kalau hilang tak ke rugi nak kena beli lain.



Then, at 2.15 p.m, naiklah kitorang feri tu.Mereput lah jugak dalam tu sebab dari Lumut ke Pangkor took 40-45 min jugaklah. Haa, nak pesan kalau kalau korang pergi, jangan tersalah jeti pulak. Feri akan stop kat first point, itu Jeti Sg. Pinang. *pesan sebab kitorang ingat tu dah sampai Pangkor. Punyalah angkat barang semua, tengok-tengok tersalah pulak. Except me : sebab aku tengah duduk lagi, diorang semua dah beratur nak keluar* Ok. Sedekah HA HA HA HA untuk diorang.

Hampir 3.00 p.m, maka berlabuhlah sauh di jeti pangkor. Eh, feri guna sauh ke?? Hmmm. Entahla. Tak kot. Alhamdulillah, sampai je terus Tuan homestay sambut dengan 3 buah motor dan sebuah perodua Kancil. Bags , luggages and some small kits je campak dalam kereta. Kitorang berenam tunggang motor ke homestay lead by Tuan homestay. Homestay kitorang di Teluk Dalam. Agak dalam dan jauh jugak la. tapi ok je,view cantik. Secantik awak . Auucchh!

Praise to him, sebab selamat sampai homestay and agak terkejut bila bukak pintu homestay tu, sebab.....

sebab...


sebab...


so luas and kemas and cantik and perfect semua benda. Single bedroom ada 2, master room 1 + air-cond, fridge, tv ( njoi ) , living room+ air-cond, kitchen + stove, gas, basic ingredientss utk memasak. Sangat tak masuk akal dengan hanya RM50 for 2 days 1 night sekali package snorkeling+ island hoping+3 motorcycles!!! Ha, tunggu apa lagi??? Grab this chance. Details, nanti i kasi kat bawah, k? But, bayar dulu RM30, penat menaip nih. Jkjkjkjkjkjk.











Lupalah nak snap ruang tamu! sorry.



Lepas solat, rehat and makan-makan, hampir pukul 5 jugak lah, kitorang keluar pusing-pusing around Pangkor. Nice view! But hati-hati sebab jalan curam plus bengkang-bengkok. Petang tu, santai- santai je. Penuhkan memory phone memasing.

 


Dutch fort, cantik tempat nih. Tempat peninggalan Belanda. Dulu, sewaktu Belanda masuk Melaka, diorang jelajah Perak sebabnya Perak kan terkenal dengan lombong bijih timah. So, diorang bertapak lah kat sini. Tapi tak delah bangunan besar-besar, batu bata kecik-kecik je. Dah nama pun peninggalan kannn?












Then, dalam 6 lebih, masing-masing cari kedai sebab nak beli untuk dinner. Siap beli barang semua ( macam banyak je kan? padahal roti & kaya, air , meggi je), kitorang singgah kat sebelah kedai tu, ada macam verandah acah-acah atas air. Verandah ni under construction lagi. Tapi sebabkan scene dia menusuk kalbu, kitorang redah je.


   





Habis pusing-pusing, memasing penat dan nak balik ke homestay. On the way nak balik tu, ternampak the verrrryyyy mise en sce'ne sunset. Subhanallah! Betullah omputih cakap;

" Sunset are proof that no matter what happens,every day can end beautifully" 

Tenang!

Sangat mendamaikan.

Sebab nak shot scene yang superb nih, kitorang campak je motor tepi jalan tu. Hahah. Dah tak kesah yang makhluk lain sedang memerhati. HUHUHU.




Lepas penuhkan memory phone lagi, terus ke motor. Sebuku roti yang baru beli tadi dah hilang guys ! Dah hilang. Sebabnya makhluk bebulu tadi curik. Dasar kera lapar, jamuan sakan lah dia ngan orang kampung. Sebuku panjang tu dalam 20 pieces kot. Cemana pun, redha je la. Hahahah.

Almost 7.30 p.m sampai homestay. Rehat, mandi-mandi then makan. Pukul 9, muka memasing dah macam zombie tak cukup tidur, eh zombie tidur ke?? Entah lah. Nak cakap yang semua dah mengantuk.

Tapi tak best lah terus tidur kan?

So, kitorang bincanglah nak layan movie apa sebab Aman hangkut beg laptop dia sekali, start dari anime ke thriller balik ke romance belok ke comedy, last-last tengok Forum Perdana. Tapi tak lama pun, pukul 10, layan Dark Shadows TV3 tu sambil borak-borak. Pukul 12 semua dah ke alam lain.

Yeahh! Hari yang dinanti-nantikan dah sampai.

Puas doh nak kejut sensorang bangun. Jat siap bercoffee dah. Sar masih dengan pot pet pot pet dia dari semalam. Yang lagi 3 orang terguling lagi. Nak kejut nih kena pasang lagu Projector Band- Aisyah dulu. Nyanyi ramai-ramai baru mau. Then, bila dah semua segar walau pun tak mandi, masing-masing bersiap simple simple je and terus ngap roti Massimo- yang baru beli ganti roti yang dirompak dek kera semalam.

8.45 a.m. Tuan  rumah datang nak ngajak ke Teluk Nipah untuk next activities.
Naik motor berpartner ke Teluk Nipah. Sampai je, kitorang kena dengar talk sikit about island hoping and snorkeling nih. Then, sensorang dapatlah life jacket and google. Heksaited beb!! First time pergi trip ngan kengkawan!

  






Pukul 9.15a.m terus naik bot ke Pulau Giam untuk snorkeling. On the way ke situ, ada macam-macam pulau. Tapi tak ingat pun nama pulau-pulau tu sebab banyak and susah nak sebut. Ada satu pulau ni, ada batu bentuk buaya, besar ngat ngat, ada jugak bentuk kepala whale and the last one bentuk penyu. Penyu tu ada kat sebelah buaya tadi.




Dari atas bot tu ko dah nampak ikan-ikan yang comel-comel bakhanggg. Banyak! ( dah nama pun laut. Takkan nak ada sekor due je ) Siap buat flying kiss lagi. Hahahah. Tipu! Just nak cakap yang air die sangatlah crystal clear.

9.45 a.m, start snorkeling. Kitorang kena campak kat Pualau Giam nih berenam je. Tak de pengawasan, cuak lah jugak but dont worry insha Allah ada lifee jacket, ko selamat plus ada 3 mamat Chinese from Singapore. Diorang snorkeling area situ jugak. Punya seksa waktu nak pakal google ngan tube tu, sebab bau dia tak menyenangkan. Nak termuntah jugak lah sampai leleh-leleh air mata aku. Tapi bila tengok kengkawan lain, selamber je sarung. haahhahaha. Finally, lepas beberapa minit plus rendam google ngan tube tu dalam air, baru lalu nak pakai.




At first, semua macam takut nak terjun. Hahaha, sebab masing-masing tak pernah. But, kalau tak cuba, how do we know, aite? Dengan takut-takut, gagahkan jugak turun. Mula-mula, berjerit jugaklah sebab tetiba banyak gila ikan kat keliling aku.Punyalah musykil, kenapa banyak sangat nih, comel sangat ke aku ni sampai ikan-ikan pun tergoda. Auucchh! Then, barulah tau, rupanya aku terbawak roti masuk laut. Memang berebut lah ikan-ikan tu. Geli beb sebab dia main gigit-gigit pulak. Eeeee. Babap kang!




Selam punya selam , angkat kepala, tetiba dah sampai tengah tengah area snorkeling tu. Mana takut tadi cik hawa?? Dah simpan dalam poket ke? hahahah.

Sumpah best! Geram doh tengok ikan comel-comel.Tangan ni memang tak duduk diam. Rasa nak picit-picit ikan tu tapi memang tak boleh lah.

Ok, nak tanya, apa korang rasa kalau tetiba life jacket korang dah loose, nak tercabut and time tu ada kat tengah-tengah laut? Ko rase? Gelabah bewak wey! Itu yang aku rasa, Rasa macam nak mati dah. HUHHU. Yap, satu tali life jacket aku tercabut. Baru satu dah gelabah. Hahahaha. Tapi muka cool. Selam lah slow-slow ke tepi . Betulkan tali tadi. Fuh!!! Nebes mak. Then sambung pusing-pusing snorkeling area tu.




Lepas hampir dua jam kat situ, kitorang pun berehat kejap, bergambar apa semua. Then call abang boat tadi. Sebab nak buat island hoping pulak. 5 mint kemudian abang sampai, pusinglah tengok-tengok pulau. Actually, lebih dari 5 buah pulau kat situ. Nama-nama tak ingat. Hahahhaa.



Oh ya, ada satu area ni, sangatlah cetek air nye sampai ko nampak pasir je kat dalam air tu dan itu adalah di tengah-tengah laut. And this area will become an island bila masuk CNY sebab the dehydrated salt kat situ akan membentuk pulau kecik. Awesome kan??


Inilah tempat cetek tu


Hampir setengah jam untuk island hoping, abang boat tinggalkan kami kat Monkey bay. Kat situ bolehlah nak rehat-rehat kejap. Penat ! Aku ngan auni bersantai elok je tepi pantai. Yang lain nun jauh kat sebelah sana tengah main air. Sambil-sambil rehat tu, ada Indian beach boy panggil kasi anak giant crab, comel doh.Tapi ni warna putih. Then dia panggil lagi, kali ni kasik timun laut. Dia cakap tadah je tangan, aku pun ikut jelah, pastu terus dia letak makhluk panjang -gemuk-lembik-hitam-coklat tu atas tapak tangan! Bapak geli woi!! Berjerit lah alamatnya. Lama-lama boleh je nak handle makhluk tu tapi tu lah, geli tu tak nak hilang. Jat dah lari jauh dah. Auni keje snap gambar je, sebab dia pun geli nak pegang. Aman ngan Pikah, boleh pegang tapi muka cuak jugak. Hahahahahha.












Dekat Monkey bay ni kitorang duduk dalam sejam lebih je, sebab nak main watersports pulak. Hihihihi. so, call lah abang bot tadi untuk pick up kitorang ke tempat asal, Teluk Nipah.


Di sinilah, segala watersports disediakan. Satu game RM20/person. Tapi kalau ko main 3 games, ko dapat RM50/person je. Nak jimat and enjoy lagi, baik ko try yang RM50 tu.

Adnventure! Enjoyable! Fun! Seronok and puas giler. 

Kitorang decided untuk main Poparazzi, Great Marble and Huge Roller's .Korang boleh request kat abang tu untuk nak yang biase ke atau extreme, kalau biase, ko naik enjoy-enjoy berjerit melalak tak de jatuh dalam laut. Kalau extreme, ko akan jatuh dalam laut, terkapai-kapailah ko kat situ. so, kitorang pilih yang biase je.

Huge roller's

Poparazzi

Great marble

Hampir sejam main plus bergambar, masing-masing dah penat namati, muka barai teruk, maka, pulanglah kami ke teratak nadira homestay. Sebelum balik, beli rojak and bihun sup buat bekal.
Pakai sock je sebab tak nak sandal bersalut pasir


On the way balik, tayar motor Aman pancit bakhang ! Only 80 meter je pun nak sampai homestay. Yang aku ngan Pikah dah selamat sampai. Tetiba dapat call suruh patah balik.Jadiknya, pikah dengan muka pasrah, pergilah cuba untuk menjadi hero menyelamatkan dua orang yang pancit motornya. Sesampai sana, tetiba abang watersports tadi datang kasi motor diorang.

Aku kat rumah dah tak tahan lapar sangat, melantak bihun sup sensorang dengan seluar penuh pasir kat luar rumah.( kunci rumah Jat yang pegang)  Tanjat mak tau, tengah seronok makan, baru dua suap, diorang plus abang watersport tu dah sampai rumah.

Alhamdulillah, semua selamat.

Bila dah masuk rumah tu, masing-masing berebut bilik mandi. Siap bersihkan badan, sama-sama makan kat ruang tamu. Rehat-rehat plus berkemas untuk pulang ke realiti. Oh maigod! Tak nak balik!!!!

Pukul 3 lebih, check out. Sama macam waktu pergi, kitorang tunggang motor ke Jeti Pangkor. Pulangkan kunci motor kat Tuan homestay. And bergambar as memories kan? Lepas dah said, bye-bye and thanks  kat Tuan homestay,mata memasing melilau carik kedai makan. Makanya, ketemu juga akhirnya. Melantak lagi kat situ.

 


4.15 p.m , feri kitorang dah sampai. naik je terus, Letak je punggung atas kusyen, semua dah macam " fuh, penat. Rehat jap" sambil scroll phone memasing. 5.15 p.m sampai di Jeti Lumut. Terus serbu kaunter tiket bas. Alhamdulillah, tak perlu tunggu lelama kat situ, tiket balik ke KL pukul 6.00p.m. Yang lain pukul 6.30p.m. Sementara menunggu jodoh datang, eh bas datang, took some photos !

12.45 a.m. selamat sampai UIA. Dan sakit-sakit badan dah terasa sampailah ke hari ni. Goshhh!!




So, visit my ig for more fun pics and videos: pen_putih


Details:
 Homestay:
 Boleh tengok gambar kat atas ( yang ada banner tu)
Atau call/ PM number nih : 0192177614
Harga RM50 tu untuk weekdays je tau. Kalau weekend mahal sikit.


Watersports:
Boleh follow ig : musa_sf_watersports


Bajet:

Homestay + Snorkeling+ Island Hoping+ Motorsycles = RM50
Watersports: Poparazzi + Huge Roller's+ Great Marble = RM50
Makan : Dinner + breakfast                                            =RM15
Tambang feri( return)                                                      =RM14
Tambang bas kl-lumut (return)                                       = RM54
Total                                                                                =RM183

No comments:

Dewasa

Hidup kita berbeza-beza. Tiada yang cepat, tiada yang lambat Jalan sudah terukir Hanya kau terima atau tidak Alhamdulillah, Tahun 2022 semua...