jangan baca kalau tak nak sakit

don't say I don't warn you !!!

Assalamualaikum . Hai readers! Alhamdulillah , hari nih dah 25 ramadhan . kan?  Dah berapa malam kita berterawih? Dah berapa hari kita fully berpuasa? Dah jumpa malam qadr?  In sha Allah. sama-sama kita doakan .

ok. hari ni topik dia general, bila jari nih rasa nak taip something, go on je. Kita tengok apa nak jadi nanti.

Semalam ada tengok kak Fyn kat TV.
Rasanya tu lah episod W*I yang buat aku teresak esak. 
Sebab . Her words so deep even dia pakai ayat biasa je. She said, 
"Kalau ada teman yang mahu berhijarah, jangan pernah tinggalkan dia. Jangan pernah caci dia. Kau hampirilah dia. Tika itu, para malaikat akan menggerumuninya. Stay beside her ."  -fynn jamal lebih kurang macam tu la.  

Hey guys, guess what in my mind? In fact now, you change, people go! is it right? 
Tak cakap semua, tapi majoriti macam ni. 
Kita selalu judge someone without their explanation, without think about their hurts, their feelings. right? Yeah, that was me back then.And im sorry but now in Sha Allah , no more.
So, now, give them a thousands chances, mana tahu peluang yang kita bagi tu mengubah segalanya. 



Kita hidup di dunia ni tak lama pon, pejam celik-pejam celik, dah dalam kubur.
Ingat , pintu keampunan Allah tu sentiasa terbuka.
Meh, sama-sama kita pimpin tangan balik ke pangkal jalan. 


Guys, perasan tak, dunia sekarang nih kita lebih kejar brands dari segala aspek. I said based on whats going on around me.
Kadang, something yang branded sangat tu tak delah cantik sangat, tak delah high quality sangat tapi... sekarang ni orang lebih 

" wah! PRADA kau!, "
"pergh, dah pakai VERSACE sekarang"
"Dah mampu pakai LV ye"

yea,Itu hak memasing, tapi pada yang tak mampu ,just ala kadar je lah. jangan siksa diri guys.
Sedangkan pembeli tu bergadai segala macam untuk dapatkan Branded things tu, 
No, I dont say yang branded materials tu tak de kualiti, tak cantik ke hape. 
Cuma ingatlah, wheres we stand now, Apa orang cakap, "ukur baju di badan sendiri" 

Jangan sampai nak kejar all those pujian ,sampai terberak ,tergadai,termembazir segala harta.
Beli ikut kemampuan. Kalau tak mampu beli yang branded-memahal, beli yang jenama biasa but it suits for you and for us dah la. 
Kadang kita beli memahal, pakai sekali-dua je ni jenis perempuan lah.



 I said this as reminder for me too. 


Sorry for the ouch words. hahaha. kadang ,stright words ,tak de lapik-lapik nih, lagi terkesan kan? 
Jangan kecam saya. Kita sama-sama support k.

Jom ,pecut untuk lima hari ramadhan berbaki  nih. 
Next week ,kita sembang pasal lain pulaj k.

love you guys.



Masaaaaaai

Assalamualaikum. Moga semua Allah redha.

Tak ada idea sebenarnya nak tulis apa. So, main taip je lah.. kita tengok, nak jadi apa. ( deal ? )

ok. sebelum nak tulis entry nih, aku ada bukak instagram ( IG) kakak aku. Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan dalam keluarga mereka. Terharu, seronok, sampai meleleh beb. Sweet bersemut bagai. 

Ye la.. wish birthday suami, siap buat surprise yang memang surprise lah.  Ni yang ada niat nak kahwin awal nih . Eh, eh, *emoji anak monyet tutup muka*

Ok. 

Rezeki tu Allah dah aturkan. 
Kadang-kadang kau buatlah macam mana sekalipon,  ( jumpa bomoh, khianat kat orang, dengki busuk hati, cemburu tak pernah hilang) kalau dah Allah tetapkan tu rezeki dia, kau tak yah nak hegeh-hegeh pergi halang. Oppss! Correction : not kadang-kdang but definitely.

Dahla. Tak tau nak sambung ...


ok, kita proceed topic lain pulak.

Tadi ada orang hantar voice note lagu kat aku. Hahahahahahahahaha. 
Yang bestnya, orang special. Tajuk: Kau ilhamku. * tengah menyampah dah la tu. dalam hati tu mesti cakap : alah , tu pon nak gitau* HAHAHAHAHA.

sebab, tak . ad, idea . tapi. nak. tulis.

dah, dah, ni serius,

Kita cakap pasal hati. Bab hati ni memang best.Sebab semua orang ada hati an..

Sebenarnya, Hati ni ibarat rumah. Suka hati lah hang nak letak rumah apa pon. Rumah yang diisi dengan Al Quran akan.... Ok tukar topik.

islam tu datang dalam keadaan grhuraba' , maka ia akan berakhir dalam keadaan ghuraba'. Maka beruntunglah para ghuraba'

K tetiba.
Dah la whatever.

Kesimpulan dia...


Aku takde idea. Tapi nak tulis. Tapi takde idea. Tapi nak tulis. Tapi bila aku tengok skrin aku takde idea. Tapi nak tulis. Tapi nak tulis apa. Tapi nak tulis.






untuk kita

Assalamualaikum .

Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat tu salah,
Kita sedar selama ni kita buat orang susah,
Kita tak sedar dengan kata-kata kita buat orang lain mengalah.

Andai ada yang menegurmu, terimalah,
Andai ada yang cuba menutupu aib mu, hargailah.
Maafkan aku jika aku salah.

ok. firstly aku taktahu apa yang aku rasa sekarang.
ada tawa, ada duka, ada marah. ada cemburu.


Ya . itu jiwa aku.
Jiwa aku tak pernah 
selalunya dan selamanya tenang.


Sejak kita menjadi teman,
sejak kita manjalin ukhwah,
Aku bersyukur, aku gembira.

Namun ,aku pinta.
Kuatkan hatimu untuk terima segala
kelemahan.kekurangan. dan teguran dari aku

aku sayang kau. :) :)


La tahzan sayang

Assalamualaikum dan selawat ke atas junjungan besar Rasulallah S.A.W.

Readers and myself too, 
Pernah tak selama ni kita terfikir sama ada kita hidup di dunia nih dalam keadaan tenang atau tak?
Pernah tak selama nih kita bersyukur dengan nikmatNya?
Pernah tak kita belajar untuk kawal perasaan marah dan bersabar?
Pernah?

Take 5 ok !

Kekadang kita terlalu seronok dengan dunia, sehinggakan menganggap faktor kekayaan dan harta adalah punca untuk mendapat ketenangan, Tak sayang-sayangku. Ketenangan akan dapat dicapai when we know ourself and Him. And the rest will come after. Sesibuk manapon kita, jangan lupa untuk bukak loveletter (baca: Al-Quran) dari Dia.



Selama ni , kita selalu anggap diri kita paling banyak ditimpa derita dan kesedihan...kan? Kita selalu meratap , merintih, and macam macam lagi sampai payah nak move on. Sayang, ketahuilah , Rasulallah adalah insan yang dapat mengukir senyuman di wajah kita.



Kita sedih sebab dihina, Ingatlah, Rasulallah juga dihina.
Kita sedih sebab miskin, Ingatlah, Rasulallah juga miskin,
Kita sedih sebab kita anak yatim, Rasulallah juga anak yatim..



Bila kita bandingkan Rasulallah dengan diri kita, Nabi Muhammad akan mengubat hati kita yang lara. Sahabat, readers! Ucaplah alhamdulillah sebanyak mana yang kamu mampu, belum tentu dengan jutaan pujian terhadap nikmat Allah mampu membayar segala kurniaanNya.


Ya ukht wa akhawan,

 andai hati kita sedih,andai jiwa ingin merintih, 
Ingatlah ,

"La tahzan , Innallaha maana"
~At-Taubah.


Sebenarnya nak share satu video tapi tak mengizinkan, So, kalau awak-awak semua nak tengok, siap sedia sekotak tisu .Mungkin lebih. And boleh lah melawat ke youtube taip :Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita! from Dr. Maza.

Moga ini menjadi saham kita.


HIJRAH

Ada banyak yang nak diceritakan.
Ada banyak yang nak aku kongsikan.
Ada banyak yang nak diluahkan.


Tapi aku tak mampu nak tulis semua tu.
Dan hati aku masih kuat untuk memendam semua.

"Kau kenapa nih?"

"Eh , tak ada apa la. Weyh, tengok pokok tu,cantik kan? "

"Aku dah berkawan lama dengan kau. Ada masalah cakap la. Jangan pendam."



Ya . Itu aku. 


Seorang yang selalu memendam. 




" Dik."

"ya?"

"Jom lepak bawah pokok tu"

"Sekarang?"

"yap" sambil senyum




"The past is not always meant to be forgotten. It is meant to be lessons well learned." - hlovate


"Dik, sejauh mana adik lari , adik takkan lupa kenangan lalu .Everything in your past. "

HuH! Telan air liur.

"Kak, jom balik" Cepat aku membetulkan tudung sambil berdiri

"Duduk dik"

"Akak tau kisah adik. Akak tau kenangan adik.Akak tau perit yang adik rasa . Sebab akak pon pernah lalui semua tu."
"Kak,....kak....." terus memeluk kak Adawiyah di sisi

"Menangislah dik.Menangis semahu adik. Adik, percaya cakap akak, jangan cuba untuk mengelak dari  masalah melainkan kalau adik seorang yang pengecut. Dik, jangan lari dari masalah melainkan adik seorang penakut. Face it. Mana adik akak yang berani dulu?"

"Dah mati."

"Dik, Bangkit lah. Bangun!!! Buktikan yang adik tak macam mereka fikir. "

"kak,kalau diorang fikir kita jahat, sampai mati pon akan anggap kita ni jahat kak. "

"Biar orang cakap dik. Semua orang yang baik pasti ada kisah silamnya. Restart your life but make the past be your life lessonn.Akak percaya adik mampu ."







Situasi kat atas tadi ,saya yakin ramai yang pernah lalui. Kan?

Memandangkan esok awal Muharram, jom, kita mulakan hidup baru. Close the old story and open a newest one . Jangan kisah apa orang cakap, berubahlah, berhijrah lah. 

Mulut orang kita tak boleh kawal melainkan diorang nampak bukti . Kita mampu. Jom  hijrah









Segumpal darah : qalb

Assalamualaikum and good morning uolls.


Ok, memandangkan dah berbulan-bulan tinggal benda alah ni, hari ni cik pen putih nk update sikit la. Aicehhwah, pen putih konon. ahaks.

Sebenarnya tak tau nak cakap apa tapi dalam hati nih ada perasaan membuak-buak nak hapdet. emm..jap nak fikir.................shawl ....................movie. ......................baju ............instagram .................................. .................


ok ! mentol menyala. toing

Sejak dua menjak ni perasaan rimas dengan status-status berunsur cinta-romantik ni makin menggunung dalam diri akak .Eh,akak pulak?? tak pa la, kasi chance sikit . Tak cakap benci , tak juga membenci. cuma RIMAS. 

Dik, Kalau hati adik tak pernah tercemar lagi *fhamkn maksud akak?* adik jagalah hati tu betul-betul. Jangan cuba untuk jual hati tu pada yang tak selayaknya. Dik, our journey is far . Kalau boleh simpan masa tu untuk fikir benda lain dulu. Bila sekali kita dah terjebak, perasaan nak lagi tu akan ada. This based on my observation la. And maybe myself too. Eh? 

Serius dik, akak nasihat nih, kalau betul suka, tanya tuan punya badan, dapatkan kepastian supaya kau tak sia-siakn dan sakitkan hati kau sendiri dengan menunggu dan terus menunggu. You know, penantian tu suatu penyeksaan beb! Kau bayangkan, *awan putih datang*  kau setia kat someone, kau tunggu dia, kau amik tau pasal dia, semua tentang dia kau tau. Tetiba , kau nampak dia hapdet kat Facebook, : i love my fiance. pastu ada emoji kiss  :* . Tulis pulak," muahh-muahh lebiu." Saat tu, hati kau akan rasa seperti dihiris nipis-nipis, diperah limau purut, tauk garam sikit, Perap tiga jam , Then , bakar. Aduh!!! Sakit wey. Sakit. 

And, this for those yang hati dah terikat, included me.   First, let your parents know your relationship. Tell them everything. Dan mintak nasihat diorang, dan mintak jugak mak ayah doakn yang terbaik untuk hubungan tu. Awak, please take care your relationship. Jangan melampui batas. 

Ada nasihat dari kawan akak:

" jangan banyak bergaduh. dan jaga hubungan ni. Kau dah berkawan lama .Jangan sia-siakan hubungan yang tak halal ni. Plis, jadikan ia halal.Ingat, jangan buat benda yang melampau. Aku percaya kau! "


Lastly, kurangkan lah hapdet status berunsur cinta -romantik nih ya. Berpinar mata akak. Bukan tak boleh, boleh sebenarnya, sebab tu hak privasi korang tapi fikirlah perasaan cikgu-cikgu, mak-mak sedara, mak bapak kau, Bukan kita je yang guna social networking tu.  Belajar tinggi-tinggi tapi cakap pasal cinta ja. Faham tak perasaan tu cemana?  Kalau nak hapdet jugak, cakaplah benda yang menunjukkan kematangan sikit. Adoiiii, s.k.e.m.a.n.y.a.a.k.u.  At least, letak lah pasl komedi ke, action ke, fantasi pon best jugak. 



entry ini tak ada kene mengena dengan sesiapa. Random je akak picked tajuk. Esok, kita cakap pasal lain pulak ye.! Asif jiddan  * kepala tunduk , tangan mintak maaf*

Dia yang dulu

Dia yang jahil,
Tidak bertudung,
Aurat terdedah sana sini,
Bertepuk tampar dengan ajnabi.

Merayau sana sini,
Hidupnya umpama tidak bertuhan,

Kini,
Telah berubah ,
Maruahnya ditutup dengan rapi,
Bermula dengan tudung,
Pergi pua pada jubah yang labuh.

Sarung tangan disarung,
Stoking digapai,
Indah dari fizikalnya,
Kini berubah.

Pandangannya ditundukkan,
Ajnabi dilupakan,
Allah diutamakan,
Nabi diagungkan.

Indah penghijrahanmu wahai Mujahidah,
Mahal bak berlian,
Cantik bak permata,
Cantik  bukan dari fizikalnya,
Tapi, 
dari akhlak dalamanmu,

Moga kekal istiqamah itu,
Bahagiakan hati ibu dan ayah,
Rapatkan jalinan ukhwah,
In sha Allah.
Jannah menunggumu.




Everyone deserves a second chance.  Go and grab it ,dear !

Dewasa

Hidup kita berbeza-beza. Tiada yang cepat, tiada yang lambat Jalan sudah terukir Hanya kau terima atau tidak Alhamdulillah, Tahun 2022 semua...