Haraz vs Nawal

   

Tut..tut..tut.. mesej  dari ‘unknown’  dibuka :

 <awak,kalau saya suka awak..apa yang awak akan buat??>

 Mata Nawal dah terbeliak.’ Apa kes mamat ni. Kenal pon tak tiba-tiba nak aku jawab soalan yang entah apa-apa tu’..hergh! gertak hati Nawal Insyirah. Benar,sejak- dua menjak ni dia sering dihantui dengan seorang insan yang tak tahu apa itu penat dan putus asa. 
Ye lah.. ada ke patut hantar mesej hamper seminggu padahal aku tak balas pon. 
Dia langsung tak hiraukan mesej tadi. Terus ditutup handphone dan bersiap untuk tidur.

Sebelum tidur, sudah menjadi kebiasaan seorang anak yang rindukan si ibu dan ayah di rumah, 
<selamat malam ibu ayah.Doakan Nawal berjaya dunia akhirat. Esok Nawal ada 1 paper je.Last. Lepas tu dah boleh balik kampung.Doakan ye,Nawal sayang ibu ayah.muaah>
Butang send ditekan. 

Tutt..tutt..tut.. ‘eh,cepat pulak ibu balas,selalunya pagi esok baru ibu bukak phone,lewat malam pon ibu masih tak tidur lagi?’ sangka hati kecilnya. 

Inbox dibuka. 

<Assalamualaikum,awak,dah banyak kali saya mesej awak tapi kenapa awak tak balas?? Saya tahu awak dapat mesej saya. Gudluck untuk esok.Saya doakan moga awak berjaya.Awak,plis,,balas.> Hati Nawal makin geram.

  “ Jebon ni lagi.aku nak ibu!! Bukan kau!!!” Roomate semua terkejut.Dah kenapa dangan Nawal ni?? Malam-malam cenggini pon nak jerit-jerit lagi. Ina bingkas bangun dan menghampirinya.
 “Hey, Nawal, kau kenape?? Tension study ke?? Chill lar, esok last paper kan??” Ina mengusap-usap lembut belakang Nawal .Setahunya dia tak pernah lihat Nawal stress begini. Tiap kali exam,nama Nawal Insyirah pasti dalam ranking 10 terawal. 
“aku tensyen dengan jebon nih..entah sape pon aku tak kenal.Tibe-tibe je kacau hidup aku.Start last week lagi hantar mesej tapi sekali pon aku malas nak balas”  sambil menghulurkan handphonenya pada Ina.
 “Hahahahaha” hilai tawa Ina makin kuat. 
”Ina!! aku tak suruh kau mengilai pon..kau kenal tak nombor tu??”  
“hihi,sorry Awal,,eerrrr..aku tak kenal nombor tu. Ok,meh sini aku tolong kau,aku jamin lepas ni dia takkan kacau kau selalu..mungkin dia akan kacau tapi jarang-jarang,hihi,nak aku tolong tak??
 “seriously beb??” 
“yaa, serius laa,kau hantar macam ni, kau cakap kalau berani, jumpak mak bapak kau esok,so,kalau dia jumpak esok maknanya dia betul-betul nak kenal kau tapi kalau tak,abaikan je la”
 “kau biar betul Ina.Kalau dia jumpa betul,mati kutu aku.”
 “alaa..kalau dia jumpa betul pon apa salahnya,,tu lain cite la,,sekarang buat macam aku suruh then terus tidur,nite sayang” Ina terus pergi .. nite Ina…

<Waalaikumussalam. Tq doakan aku,aku harap kau pon sukses jugak,kalau kau betul-betul nak kawan dengan aku,esok kau jumpak ibu ayah aku,pukul 2 di porch.salam> Butang send ditekan bagaikan terpaksa.

Text message sent


                                                         ***



Alhamdulillah.Exam dah selesai.Baru trial bukan exam sebenar lagi.huh!! argh,peduli apa..aku nak balik!!Rumah saja bermain di matanya.Tiba-tiba.. eh ayah dah sampai.Awalnya.Cakap pukul 2..Jam di tangan dijelingnya. Ya Allah,dah 2.30…bergegas Nawal menuju ke ayahanda terchenta.. Tiba-tiba dia teringat akan janjinya pada jebon semalam. Cehh!! Penakut!! Confirm aku reject kau.Ingatkan berani sangat. Hahaha. Hatinya makin gembira.Cuti hujung minggu itu benar-benar dimanfaatkannya dengan family,segala cerita dibukanya.Pot pet pot pet.

                                                                                                                                                                                                       ***


  Pagi itu indah seperti biasa..Nawal berjalan menuju ke kelas. Tapi,dia keseorangan tak seperti selalu.Tiada teman disampingnya.Mukanya mencuka. Sampai ke kelas,seorang pon tidak pedulikannya. Arggghhh!!!! Kenapa macam ni?? Aku ni tak wujud ke?? Balik bilik..roomate memandangnya pelik,like she’s a weirdo..hati makin punah.Prep pada malam hari juga begitu.Finally,dia mengambil keputusan untuk study di bilik KKK seorang diri.Study dengan hati yang penuh kecewa.Air mata bagai ingin menitis.

 Tuk..tuk…tuk…. pintu bilik diketuk.Dengan lemah longlai,dia membuka pintu…orang tak de pon..main-main pulak diorang nih…terus ditutupnya..eh! macam ada benda!! Pintu dibuka sekali lagi…Pandangan beralih pada sebuah kotak kek dan sepucuk surat…kedegang!! Pintu ditutup. Kek???  Birthday aku ke? Suara nyanyian berlagu diluar. 

Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Nawal , Happy birthday to you!!!

Prank yang sangat mengejutkan.aku berani jamin,Malam ni aku bau telur. Yeahh!! Benar.sudah menjadi adat,tiap kali Q6 celebrate birthday pasti telur dan tepung ala-ala baking cake pula di atas kepala .Ok, stop this nonsense!!
Hah! Mna kad tadi??? Matanya tercari-cari.Tangan bagai menggapai sesuatu. Yes! I got it. 


Pause

 Kotak kek diletakkan di tengah bilik. “Awok-awok yang kiut-miut, makanlah kek ni,moga awok-awok suke ek..makan sampai habis tau!”  
“ok nawal,thank you birthday pretty girl”


Play now.

Kad tadi dibelek-beleknya. Animasi Naruto sebagai latar belakang kad . Pergh! Gila kartun budak ni. Wah! Siap bau NIVEA lagi.. bau ni aku kenal.  Kad itu dibaca. Ya Allah, ape ni?? Gila poyo.. Siap letak rose petals lagi.. 


‘Awak,
Selamat hari lahir. Moga panjang umur dan sentiasa di bawah rahmatNya. Awak, Di sini jagak ,I want to make a confession with you..i think not I’m sure! my heart just fall in love with you.Since form 2. Memandangkan ni tahun akhir kita kat sekolah ni, saya harap awak boleh terima saya ,Saya tak minta sekarang tapi akan datang. I wish that I can lead your prayer someday. Be happy birthday girl. Jangan fikir tentang saya.Fokus on your study first. Share this cake with you friends. Thank you. Wassalam

                                                             Someone who you called ‘jebon’

Merah padam muka Nawal. Siapa kau sebenarnya? Harghh! Dah la poyo.Jiwang. Dah tu tau pulak gelaran jebon tu..Ishh….aku geram!! Api dah membara di atas kepala.Nak panggil bomba pun dah tak sempat. Suhu dah menjangkau 99.9 darjah Celsius.Wah,hiperbolanya!


                                                             ***


“ Haraz, pakcik dengan keluarga nak jemput awak dating rumah sabtu ni.Ada majlis sikit untuk Nawal.Kenduri kesyukuran. Datang lah ye. Ajak kawan-kawan , mak ayah awak semua.”
“Ya,ya..In sha Allah,saya datang.Terima kasih pakcik.” Talian dimatikan. Alhamdulillah.Rezeki. Selama ni kalau ada kenduri kau tak pernah anggap rezeki pun tapi kali ni?? Rezeki untuk tengok Nawal?? Hatinya berteka-teki. Senyum terukir. Ya! Untuk jumpa Nawal.
“Mak,abah..pakcik Man call Az tadi. Dia jemput kita pergi kenduri sabtu ni.Kenduri kesyukuran”
“Pak cik Man mana satu ni?? “ Abah menyoal
“Alah..abang ni..Man ayah si Nawal tu.Yang Az pernah cakap dulu tu. Yang satu kelas dengan Az jugak .” Mak mencuit ayah sambil tersenyum.
“Ooo..ayah ingat.Yang Az ajak ayah jumpa kat porch sekolah dulu tu kan?” Encik Jamal cuba mengingat. Haraz hanya mampu mengangguk malu. 
Ya.Dia sempat berjumpa Pak cik Man seperti yang Nawal inginkan.

Pertemuan untuk meminta restu. 

Benarkah??

Allah masih sayang

Solat Sunat Taubat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.

5.  Baca Doa Taubat

.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


moga ini dapat membantu =)

out of blue

6 jam belajar arab memang payah pada mulanya. Nak hadam satu-satu perkatan. Dulu aku merungut,mengeluh tapi sekarang ,hikmah tu aku dah jumpa..syahdu sekali..Alhamdulillah..

                                                  ***                            ***

Tengah lepak-lepak kat meja studi tetiba, chip..chip..chip...Comelnya..dulu ,kalau kat rumah tiap-tiap hari aku akan bercakap (mengadu) kat burung pasal masalah aku ,tapi sekarang,,, 
  Terus aku tolak kerusi ke belakang,dan bukak tingkap seluas-luasnya.. Tenang! Sejuk! Cantik! ingatkn kat bandar tak ada semua ni..hihi...Lama aku berdiri kat situ. tetiba otak aku kembali pada zaman aku bersekolah dulu dan terus butir-butir mutiara mengalir. Cepat je aku senyum.(nak kurangkan intan berlian yang keluar dari mata aku) Entah, aku rasa zaman persekolahan aku perit dan payah sangat .Dalam keperitan tu lah aku belajar sesuatu... sesuatu yang indah..

"wey, ada orang nk challenge hang.sebab cikgu target hang lebih dari dia" aku senyum je bila ada teman seangkatan aku bagitau tentang tu. .
 "hahahaha.sapa nak challenge aku tu? aku ni bukan pandai tara mana pon."
"hang pon tau sapa.buat-buat tanya pulak"
"oooo..kk.dia tu lebih segalanya dari aku.kenapa aku yang perlu jadi competer dia?"

harghhh.malas layan.jom buat math.

Kicauan burung makin kuat. Bibir aku tersenyum. Hati aku bagai berbicara "kenapa awak selalu tak puas hati dengan saya? Kalau saya jadi awak,saya bersyukur sangat"

p/s: dari sini aku tahu, dan aku perlu buat kau menang, sebab aku akan terus mengalah dengan kau.Moga kau berjaya

                                        ***                                               ***
      
"Wey,ikut aku p koop asrama sat?" ketua dorm aku dah macam cacing kepanasan.Kalut lain semacam je.Malas pulak nak kecewakn dia.So,aku ikut je la.

Tiba-tiba, 'hepi birthday to you,  "Hepi bithday to you .hepi birthday to hawa..hepi birthday to you"
Aku kelu. Diam.. krik krik krik....
Satu bilik koop tu dengar dan aku terkejut sangat bila 'teman' aku datang dan kasi kek gedabak besar tu. Kek sebesar setengah meja murid tu dia bagi.Apa aku nak buat dengan kek segajah itu??  

Dan pipi aku berubah rona.Merah.And it's blushing.Malu tak terkata.Walaupun tak ramai kat koop tapi penghuni asrama putera dah macam monyet kena sumpit.

"Awat hang tak habaq awai-awai? herghhh...ketaq aku.dah la orang tengok pastu duk melalak pulak" aku mencebik
"hehe..sanah helwah hawa.saja nk wat surprise kat hang.suka tak?" ketua dorm aku sengih.dah macam kerang busuk aku tengok dia.
"hehe...sengih pulak! by the way, thank you sayang.i'm too happy.jap...kek gedabak nih aku nak telan sorang kah?? tak mampu wey!!" 
"urmmm...ikut hang la..tapi bagi aku hang patut share kat dia sikit,,kalau rsa banyak lagi,bawak turun bilik prep,makan ramai-ramai."
"ok!"

Bukak je kotak tu , 'Hepi birthday hawa, My ___ '+ bunga2 yang menghiasi sudut atas kek tu. So cute!!
Malam tu ,semua yang datang bilik prep,semua aku belanja makan kek gedabak tu,Lebih 25 orang makan. ... Dan aku mula menyesal sebab: Gambar kek tu aku tak snap

Esoknya, "Wa, apa bawah meja hang tu?" Aku dah mula nervous. Bukan apa, takut-takut ada orang sabotaj birthday ake ke ,kot-kot ada yang hantar surat layang ke? 
Slow-slow aku tunduk, tooiinnngg!! senyum terukir lagi.alhamdulillah,Hadiah birthday.thank you awak-awak semua.. =)


p/s : birthday present yang memang surprised! Dari situ saya mula kenal awak, I will not forget it.

                                                      ***                                        *** 

"sapa tak dapat markah penuh, bangun!" suara cikgu BM aku dah mula bergema satu kelas. Bunyi kerusi macam ramai, Pusing belakang , hah,, 6 orang je dan yang malangnya, aku pon tersenarai.
"Ketu ketampi 20 kali" serius sungguh cikgu hensem ni.Aku teragak-agak nak buat atau tak,setelah kalih sana,kalih sini,ramai yang keluar dan terpksalah aku turut serta

Ketuk-ketampilah aku di situ, Malu! tu ja ungkapan yang bermain kat minda aku sekarang.
habis denda,aku balik tempat,then,,cikgu jalan menuju ke meja aku,kertas karangan aku dibelek-beleknya, aku tersentap ; "Kamu bangun ketuk ketampi 10."."kenapa?" berani pulak aku menjawab."ayat hang salah" mudah je cikgu jawwab padahal nk pikir satu-satu ayat tu pon amik msa. Dengan paksaan,aku turut jua perintah tu.

Dan waktu tu,hanya aku sorang.Seorang, Seorang .Seorang,HUUHUUUHU. muka aku memang merah padam.mulut muncung sedepa.Tak tau nak cakap. Lutut dah makin lemah. Penat.


p/s: terima kasih cikgu, kerana cikgu ,saya mula belajar ..

                                    ***                                                     ***

Hilai tawa ku makin kuat. Kicauan burung makin menghilang. Awan dah kelam.Dentuman guruh dapat aku rasakn. Titisan hujan makin lebat,Tingkap itu aku tutup.Hanya meliht hijaunya pokok dari dalam,samar-samar.

                                   ***                                                 ***

Kebiasaanya,petang-petang akan ada students ke kelas,sama jugak macam aku. On my way , aku terserempak dengan seorang yang menggelarku Mcgraw, " Puas hati!!" Suara tu maam marah..Reaksi wajah jelas menunjukkn dia marah tapi for what, Aku terpinga-pinga.Tak tau apa. Kawan sebelah cakap, "dah-dah,tak payah peduli dia,"     "urmmmm.ok la tapi kenapa dia marah aku?"

"ASSalamualai......" Tak sempat aku nak habiskan salam,aku terkejut dengan apa yang ada ats meja aku.Ni bukan hak aku, So,aku pulangkan balik pada tuannya,


Lepas selesai urusan kat surau,masing-masing balik kelas, 
Samap je dalam kelas, "hawa, hang amik kat hang,aku tak mau,bagi aku buat apa?"
aku tak tau apa-apa.kenapa aku yang selalu jadi mangsa?  
Cepat-cepat aku amik makanan tu dan pulangkan pad tuannya.tapi dia marah.Ahhh,peduli apa,aku tak tau apa,jangan paksa aku untuk terima.


p/s: i know nothing but you still blame on me..

Air mata aku dah makin laju mengalir, Cemana pun,aku MESTI habiskan entry nih,Hujan di luar bagai melawan  "hujan' ku.




                                 ***                                                                  ***


Hahhh! dah sampai dorm.bestnya. BUUUMMM,,,badan dah melayang atas katil, Dorm 3 : bagaikan  penghibur aku dikala ku sedih,peneman duka ku,Penghuni-penghuni yang benar-benar mengenali sifatku.Allahu,,rindu saat itu.

"bagi ni sapa nak bakar roti??"
"ampa nak minum aiq pa?? aku buat satu jug naa"

"Malam ni kita tengok highland tower ,,"
"tak mau,aku takut,tengok mr.arrogant arr"
"haha,penakut piangg.ok arr,mr arrognt pon boleh"

"Wey,tapau sat,"
:boleh2,wapa orng makan??"
"ag agak-agak dalam 10.bbuh nsi bnyak"
"berehhh!!"

"malam ni kita study bio,esok fizik"
"sat-sat,,aku nk join gak,,"
waktu ni klu start pukul 9,pukul 2lebih baru tido, kopi sejag jadi peneman kami satu bilik,

"sapa imam ni??"
"jom-jom,baca yassin."
"wey,esok kita qiam naa.bangun awai gerak aku,"
"aku pon"
Aku jugak"
"aku sama gak"
kewajiban jangan dilupa.jemaah itu lagi baik,,walaupon dalm bilik,~hiuk hiuk hiuk~


Indah sangat .kenangan yang bersemadi di dorm 3.benar-benar  membuatku rasa hidup.


                                         ***                                       ***

Hujan maki lebat. Hati aku makin sebak. Badan makin sejuk,,,Pikah di sebelah dah hanyut dengan mimpi,tapi aku tetap dengn entry ni.Maklum la,,Jumaat kelas habis awal, esoknya sabtu, relaks sikit.Sebab tu aku masih di depan laptop. Kalu tak, arabun rabun arabun laa...sampai rabun aku pon dah makin bertambah.Glasses tak mau pakai,Belagak! hahaha


All this writing are truly from my life. take it as lesson . :-*  :-*


                                       ~enjoy ur reading~ May peace be upon you ~








kami tetap satu

                    Assalamualaikum..hai buddies!!!

 Lama kot hawa xupdate blog..huhu!! buzy la katakn (actually line kat sini slow-mellow ) Kat sini?? Sini tu mana?? Ok! Sekarang hawa dh ada kat CFS IIUM atau Pusat asasi uia,petaling jaya..
 Alhamdulillah,,pertama kali jejak kaki kat sini,,senyum tak pernah lekang dari bibir hawa..seronok sgt sebab ni memang impian hawa…Taaruf Week kat sini memg awesome sgt.bnyak lepak,,bnyak tido…kat bawah ni ada some photos during the Taaruf Week..





















Ok..memandangkan hampir sebulan hawa xupdate blog,,hawa nk story all moments that happens to me..firstly,,I’m very thankful because my roomate are ’utaraian’ . but one of them from KL..so, Not hard for to speak..and control my kedahan-tounge!..i’m very lucky when PIKAH a.k.a buntal was been my roomate!! Huh..syukur sangat2 .At least I have someone that know all about my behavior.,and my past,so,,xla rasa janggal sgt..
Sepanjang kat sini,,mcm2 memori ada,,sedih,,gembira,,kecewa,,seronok..huh.memg tak tergambar dek coretan di sini..tapi..yang hawa ingt,,geng ex-smaksian kat sini..smua sedih,,memg sedih sgt2 bila ada antara kami nak pindah ke tempat lain..dan kesedihan tu memg nampk jelas kat wajah kawan hawa,,,Memang minggu tu,,segala updates kt fb,,sembg2 smkas,,mesti akn sentuh bab pindah tu..Fuh!! sorry..hawa xley ceta smua..i must  it stop here!!


17 JUN !!! huhuh…my first birthday here! Alhamdulilah..masih ada yang ingt although not at all.. night 16th,, was my crazy night when I met someone,,actually a girl,,who had makes my life be more cheerful..and she is GEGEGIRL..Mudah sangat ukhuwah itu terjalin…bermula dengan silap join hisbah..terus kami jdi ngam-kamcheng..mcm dah kenal lama sangt…dia budak i-kups..so,,about smkas,,she knows…

and mlm tu..someone yang hawa try to forget,,comes and wishes me happy birthday..oh! it so sweet!! Haha…keesokannya..i got some weird gift from buntal..when she gave me the funny present,,I couldn’t stop laughing..it was the first gift I got in my life…

Hah!! lepas birthday hawa..a few days lepas tu..geng smkas + farhana @ geng um keluar sekali..rindu sangat2 kat agama sik...waktu kami outing tu segala memori,, kenangan ,,pengalaman diimbas kembali..dan moment tu memg syahdu sangat..sorry photos  x ada..hehe..it's a secret.. actually!


Ok!! Skrng kita msuk ceta sal puasa..hurmm..puasa kat sini  not bad la..ok..rasa ruh Ramadhan tu ada..mcm2 aktiviti …tpi hari pertama hawa berbuka,,bukanlah di samping family terchenta tpi bersama sahabt2 smkas..sebab hari tu kami balik dari kampug untuk ke sini.so,,bila sampai kat pudu,,kami bukak kat situ je la..and this first Ramadhan mcm special sikit,,sbb ade hem hem skali,,and he’s the only boy among the five girls..






4th july!!! Rindu yang amat sgt kat kwn2 ..dan di sini hawa mengaku,,yang hawa rindu sgt2 kat teman  , sahabat , my ears and the only one who called me HEMO-HEMO…dan rasa rindu tu terubat bila dia dan sorng lagi sahabat, liana,,,come and break their fast here..jalinan yang terikat tak kan pernah putus antara kami..in sha Allah..dan hari tu jugak,,, berlaku hubungan 2 hala um-uia yang terdiri dripda budk2 smkas and kisas…dan ukhwah itu sekali lagi terjalin…





setakat nih je coretan dari hawa...semoga ukhuwah yang terjalin akan terus terpaut hingga ke jannah.. amin..

ma'as salamah ;-*



Versus

"The laughter we shared will always sound a cheerful reminder : delight in life  "=)

Peace be upon you! Hello...hai! hee! ngeee!

Alhamdulillah..Allah still gives me a chance to live in His great earth,to hug my beloved family,enjoy with my crazy friends,love someone that always make me smile,be a servant to Almighty..Oh,,i'm happy..thank you Allah

post kali ni hawa nak ckap sikit pasal KONGSI VS PENDAM ( pe2? nk gduh ker??)
Lain kan mksud kdua2 perkataan ni..ejaan pon dh lain,tmbh2 plak mksud nya..Napa hawa nk share about this weird topic?? yang kadang2 tak terlintas langsung  kt pemikiran mnusia mcm kita ni?

Honestly, someone had open my mind and make me feel ...huh! susah nk gmbarkn dgn mata kucing,,mata pena,mata hati,mhupun mata-mata..memg payah nk ckap.KONGSI...

kongsi gelap? kongsi air? kongsi suami/isteri (no way!!!!) kongsi hati? kongsi perasaan? kongsi masalah?

Benih baru nak bangkit disiram dengan air,,tpi hati yang baru nak bangun disiram dengan apa?

yup! >>>kongsi hati,kongsi perasaan,kongsi masalah! ni la yg hawa nk ckp.

Sesetengah insan  tu lbih selesa untuk share mslh dgn kenalan rapat ,mak ayah,cikgu2..sbb mungkin bgi golongn ni akan rsa lega. kongsi hati dan perasaan ni jgak akan membuat kita lbih peka dan ada sensitiviti untuk orng lain .sbagai contoh :

 bila kita dengar kawan baik or fmily kita sendiri diumpat,difitnah..apa yang kita rsa?? sedih kan..seandainya orng yg kita syg mcm mak ayh,shbt yg pling rpat ada msalah...kita pon akn rsa perasaan yang sama dengan apa yang mgsa tu rasa...an?

 melalui cara ni jgk ,,Kita boleh belajar untuk jadi lebih terbuka and willing to tell someone when we are in pain.kadang2 someone else will share an experience yang boleh membantu kita to go through in our terrible life..yang boleh buat kita kuat! lebih berani! namun,perlu ingat! sebaik-baik pendengar adalah Allah..bila kita kongsi segla hiba dn pedih di hati dengn Dia,insya Alalh,automatically,,kita akn dpt rsa lain dri yg lain... =)

"By sharing our problems with others who have encountered true suffering and survived,we will be able to move forword in a more positive way.And simply by taking the time to listen to the problems of others,we will help ease someone else's burden"
                               
                                                                                                         michealgatesgill
tpi........


PENDAM
Ada jugak insan yg jnis suka pendam sgla rsa,and all those unwanted feelings...sesetengah mnusia yg mcm ni..seriously hawa ckap,,diorang memg sensitif sesgt.cepat tersa,smpai kdg2 gurauan pon dianggap serius.golongan mcm nih lbih bnyk bermain dgn perasaan dn kdg2 pemikiran diorang lbih ke depan dripda tindakn..sbgai contoh yang boleh hawa kongsi:

seorng pelajar yg memg lgkap dri segenap aspek,,ilmu agamanya,kepintarannya,kecntikn luar dn dalamnya,,tpi bakat yg ada tak ditonjolkan..knapa?? sebab dalam fikirnnya "kalau aku cakap kat atas pentas nih,mesti rmai yang gelakkan aku,,mesti aku ni dianggap poyo..tak mau! takmau!" 

hah! ada kan insan mcm ni?? adakah itu anda?? yup..memg wjud insan mcm ni.keyakinan yang ada tu tak cukup untuk buat dia kuat,kebolehan yang ada tu tak mampu untk buat dia maju ke depan..NO! kat sini bknnya hawa nk ckap orng yg suka pendm perasaan nih have a negative side.bukn mcm tu..cuma perasaan yang selalu dipendam tu akan buat seseorng tu tertekn suatu hari nnti.
try to imagine..when all those hurt,hate,annoyed,revenge and stress feeling gather in one , one day it will explode worstly..dan masa nih,,memg payah untuk treat and renovate hati dan perasaan yang dah hancur tu  

about PENDAM nih hawa bleh ckap lbih sikit sbb salah sorng mgsanya tu hawa laa...heheh.tpi skrg nih,,kurng sikit kot sbb ada la sorng mnusia yg msih waras dan sedikit say-well tlah mngubah fikiran hawa..haha..taktau sapa mnusia tu tpi hawa ykin,kalau Dia baca post kali  nih.mesti dia bangga. tq crazy duck friend! what a great gift that open my sight is to me! =)  WE ARE NOT WHAT WE LOOK LIKE BUT WHAT WE ARE LIKE

"kadang-kadang perasaan tu tak boleh nk diungkapkan dgn kata-kata..hanya keypad dan keyboard sja yang mmpu mencoretkn ia"
                                haraznawal



"setiap mnusia tu tak sama,ada jnis pendam dan ada yang tak..sbb tu Allah jadikn kita saling melengkapi "
                              haraznawal+FarhanaHanN



"Aku tak mau orang lain pandang tinggi trhdp aku tanpa mereka kenal siapa aku yang sebenar"
                             FarhanaHanN



trust and respect are to be earned.it is not a given.the believers are nothing else than brothers...~al-hujaraat:10


A biggie hug and a thousand millaon thanks to you NurFarhanaHanNtu  =)  =)

                          enjoy your reading! gotcha!! wassalam :-* 

rainbow after hurricane!!

kenangan lalu ibarat serpihan kayu yang terbakar
yang tak mungkin lenyap terus dari buku kehidupan
menanti dan terus menanti 
moga-moga abu yang tertinggal 
kian hilang dibawa angin

aku hanya mampu menuggu dan terus menuggu 
saat-saat manis untuk berulang kembali
setelah taufan tangisan datang melanda
membawa pergi semua semngat dan inspirasi
sehingga mampu membuatku jatuh rebah di lantai duniawi

ombak,,datanglah padaku
bawa pergi segala coretan di pasir pantai
moga coretan duka mampu kupadam
karenaku sudah tak terdaya
menahan hibanya rasa

pelangi,
muncullah padaku
hapuskan segala tangisan sepi ini
kuhanya inginkan kebahagiaan
kegembiraan dan ketenangan

ku ingin akhiri segala perbalahan ini
ku ingin tamatkan persengketaan ini
ku ingin kita bersama
bersama mengejar kebahagiaan dan kejayaan
seperti kenangan suka yang lalu

kau,
mampukah membuatku tersenyum lagi
saat ku mengimbau memori kita yang lama
saatku bersamamu di depan lensa
saat kita ketawa bersama
aku rindu saat itu
aku rindu

Assalamualaikum! =)
hai!! jiwang tak?? hawa bleyh jadi penulis sajak @ puisi x??
eheh! saja je..tak dak keja nak buat..tiba2 tenampak album lama waktu hawa dengan kawan2 dulu

betullah apa yang cikgu hawa pernah cakap dulu..hawa ingat lagi,,waktu form 2,,cikgu sc : pn ranizah pernah cakap

"waktu kamu sekolah menengah adalah waktu yang paling best dalam hidup kamu,bila dah besar nnti,,mesti kamu semua akn ingt kembali memori2 silam tu."

yes! it's true..and now it happens to me..
1 demi 1 gambar waktu secondary hawa intai.ada yang tengah senyum,,ada yang muka masam..ada yang buat muka kiut.!
haha..mcm2.paling tak boleh lupa waktu hawa form 3
.memg best giler! perngai masing2..huhu,,tak terkata..lpas je pmr.hawa dah tak jadi hawa yang baik dah,,>>dah jadi hawa yang nakaii..memg nakai kot..
tapi nakai hawa nakai baik tau..bukan nakai jahat..hehe..ayat cover abes

hawa pernah fly ~lompat pagaq!~ hehe dahsyat kan..tapi sekali je la..hawa pon penah jgak duk melepak kat atas surau..bawak nset p skolah tu..tak payah cakap..memg semua orang buat..heheh..semua ni hawa tak buat sorang2 tau..kami buat rmai2..sepakat membawa berkat!

tapi ni semua terjadi selepas pmr..sebelum pmr..kmi baik..tak nakaii pon..hahah..
emm..rugi kan kalau jdi budak baik @skema~ikut praturan sgt~ sbb bila kluar skolah nnti ta de kenangn pahit nak ingat!..mujur laa hawa ada jgk..heheh..wktu form 3 tu je la

bila dah naik high secondary,,dah brubah..hawa dah xmacm dlu,almaklum la terpisah ngn kawan2 sekelas dulu.tpi.bila msuk form4,,lagi best rupany! kami mcm 1 fmily,,sbb dalam 1 kelas tu mcm2 ragam ada..semua jnis satu kepala.kamcenngg habes! mula2 tu hawa segan sgt2 sbb tak de kawan yg rpt tpi masuk je februari..terus pot pet pot pet..segan tu makin kurang la sikit..tpi tetap ada sbb hawa ni pompuan.malu tu kan separuh daripd imaaannn.. =)

form5! spm! tu je yang ingat..tak best sangt wktu ni because i'm crying more than smile..huhu.sad memories! my broken heart make me down..down..and down.bila ingt balik,,its hurt me a lot but im gonna miss it because it already be in last chapter of my 2013 book!

waktu spm!! the time for smiling ..mcm2 jdi waktu ni..1dorm yang gila2..prep jarang pi..solat kat dorm,siap jemaah lagi! hawa dpt a thick sweater from mr.jadoo..dia ckap,sweater hawa nipis,so,dia kasi pnjam dia punya la..dalam dewan exam tu memg sejuk,hawa plak tak de lemak yang  mungkin boleh naikkan sikit suhu badan ..hawa ambik je la..tq! 

result spm?? huhu! alhamdulillah..tu je bleyh ckap... =)


p/s : memori adalah kenangan untuk masa hadapan
samakin banyak kenangan ,,semakin bertambah pengalaman!



~ we judge ourselves by when we feel capable of doing..while others judge us by what we have already done ~

penantian makin berakhir =)

Assalamualaikum...

tiada ungkapan yang mampu ku ungkapkan
saat menanti hari permulaan hidupku
bercampur baur segala perasaan
kerna itu yang mampu kurasakan

menanti dan terus menanti
memikirkan hala tuju hidupku
tiada apa yang ingin kuharapkan
satu cuma..
kebahgiaan berpihak kepadaku

doa dan tawakkal tanpa henti
Ya  Rabbi,,moga kejayaan mampu kukecapi
biarlah di dunia juga ukhrawi
hanya itu yang kuimpi...







penantian makin berakhir! 20 march will come soon..please pray for spm candidate 2013...

Dewasa

Hidup kita berbeza-beza. Tiada yang cepat, tiada yang lambat Jalan sudah terukir Hanya kau terima atau tidak Alhamdulillah, Tahun 2022 semua...