JOm!

Salam Olimpik semua. Hahahaha. Sihat tak ? Emosi ok? Hahaha.Dah ! tak yah nak emo sangat. Kita tak de rezeki lagi nak genggam emas. But, to Datuk Lee Chong Wei, congrates! you battled hard, dont say sorry k. Ahaks !

Ok. Hari ni, nak share suatu peristiwa yang buat aku rasa Allah tu betul-betul tutup aib kita. 
Allahu. 
 

ok. once upon a time. HIHIIH .tak tak. Starting dia macam ni:


Time tunggu turn kat satu institut ni, ada sorang gadis datang tersenyum kat aku. Tengok aku atas bawah macam aku nih act like a princess pulak. puihhh! hahahaha. Tapi serius dia tenung dan cara dia tengok buat aku rasa nak kenal ngan dia. 

So, aku duduklah kat sebelah gadis comel nih. Then,kita pon startlah sesi taaruf bagai. From that, aku dapat tahu dia study kat ----- kos PJ. Aku tak tau pon shortform for kos apa. Angguk je lah. Pastu aku gitaulah serba sedikit pasal aku, kos apa, study kat mana. dan macam2 lagilah.

Then, masuklah mood-muhasabah sikit bila dia start tanya, 



" Dah lama ek pakai macam ni?"  Seriously aku terkejut dengan soalan tu. Aku  pon tengoklah dressing aku atas bawah.  Palazo hitam + baju labuh yang pink giler tu +handsock kuda belang+sock petak2 + bawal crepe hitam  . Tu je. Sumpah kalau tengok macam selekeh giler wey! Banyak sangat corak. hahahaha.

Aku tak jawab pon soalan dia. Senyum je. Sebab aku tau apa yang dia rasa. Tak yah sebutlah dressing dia cemana.

"Sebenarnya, dah lama sangat aku nak pakai macam ni. Aku suka tengok orang dress up gini. Aku pon pernah pakai macam ni tapi orang keliling aku semua pandang aku pelik wey. aku suka sangat tengok perempuan yang pakai tudung labuh plus berpurdah. Dalam hati aku ada niat nak jadi macam tu. Tapi tulahhh. Aku ada join PRM kat U aku (PRM: Persatuan Rakan Masjid kot) Bila ada meeting, kadang kami yang budak2 PJ ni pakai macam ni jelah * sambil tunjuk baju yang dia pakai*  Lepastu nampaklah muka2 orang alim yang pandang kami ni macam baru lepas bunuh orang.Tak tahan wey, aku keluar terus kelab tu" terus dia mengeluh . 
 
Aku tak tau nak respon apa sebenarnya. hahaha. But, i said to her, 

" its quite good bila awak dah ada rasa ITU. Tu maknanya Dia panggil kita. Tak yah peduli sangat orang keliling nih. Bukannya diaorang yang suap nasik ke mulut kita pon" 

Lepas je aku cakap, aku nampak reaksi muka dia berubah. Nampak lagi tenang dan lega.

" Pernah couple tak? Aku pernah wey! Kadangkan bila aku pakai macam *tangan tunjuk baju aku yang pink giler tu*,Aku rasa hipokrit sangat depan Tuhan."   Darah berderau naik ke muka. Merah muka aku. hahaha.

 Dia sambung lagi  " yelah. mana tak nye. Pakai baju labuh, tutup aurat tapi couple. Rasa berlakon sangat"

Aku senyum je dulu. 

" Haah. Pernah rasa gak macam tu. Tapi an, sebenarnya, tutup aurat tu wajib. Apa pon kita kena buat dulu.  Bab hati ni payah wey. Kita start dengan yang mudah dulu. Slow slow tukar imej then baru buat yang payah tu. Kuncinya istiqamah je. Buat sikit-sikit tapi kekal. "


Dia senyum sambil angguk. " hehehe.haa.kan. tapi susah nak istiqamah tu. k arr wey, Turn aku dah sampai. thanks" 
 
dia jalan sambil lambai tangan kat aku., Bye awak. 

Hari tu , rasa macam lain sikit. Balik rumah asyik terngiang-ngiang je suara gadis tadi. Aku ni bukannya baik pon. Dosa sana sini. Hati tak terjaga. tapi Allahu.


 Kadang-kadang Allah tutup aib kita supaya orang lain dapat belajar dari kita. 
 Kadang-kadang Allah tutup aib kita supaya kita tahu apa kesalahan kita.



moga kita di bawah payunganNya

have faith

Guys,

Pernah tak rasa sedih tetiba, rasa nak menangis for the whole day, feeling alone. Need space and let yourselft to be alone. Pernah tak rasa macam tu?

ok. Now, frankly speaking, i'm feel those feelings. Entah lah. Sekarang rasa nak menangis. Nak marah. Rasa sedih yang entah tak tahu menahu punca. And i'm pretty sure, siapa yang pm aku, aku akan ignored semua. Sorry *pouting lip*

Hidup ini ada pasang surut, ada hitam putih, ada hujan panas, Dan ingatlah semua itu tak kekal lama. be strong hawa !!

Nah, kau dengar lagu ni wa. NIGHT CHANGES sangat !!. Mana tau semangat tu datang balik. Ahah.

Huh ! * lap air mata*




Guys, jangan sedih sedih. Allah ada ngan kita selalu tau. Baru kena jentik sikit dah rebah. Kau cakap kau Daie! Daie mana boleh jatuh. Jadi legend sikit. Bangkit sayang !!!!


mOgA ALLAH reDhA

just a common reminder

Assalamualaikum semua.

Hari yang indah ni jangan sedih sedih. Senyum dan think positive k. 

Ok. Tak nak cakap banyak, cuma nak tanya kat semua termasuklah diri aku sendiri, 

"susah tak , nak istiqamah?" dan "susah tak,  nak berubah?"

Susah tak sebenarnya nih?

Kalau ternampak kawan-kawan kau bertudung labuh berjubah bagai, mesti terdetik, "alangkah baiknya kalau dia itu aku"

So, take a first step to be like her, jangan nak pandang apa orang cakap. Mulut orang kan!

Kalau dulu tak pakai sock, sekarang dah berjinak jinak pakai sock ,tak kisah lah sock kartun-kartun pon, comel hapee

kalau dulu tak pakai handsock, tunjuk lengan gebu gebas tu sana sini, kita slow-slowlah cuba selalukan.

Dulu tudung atas dada, sekarang cubalah bawah lutut pulak ke. lols. tu telekung,ahah!

 tak kisah lah tudung cemana pon . Sekarang nih segala macam tudung ada. Shawl,bawal, pashmina, jerung, ketam, kerang, pilihlah yang paling sesuai, jangan pulak badan ikan jerung, pakai tudung ikan bilis, Ahaks. Pandai -pandailah pilih .

Dan  yang paling penting bersihkan hati dulu tajdid niat kerana Dia, in sha Allah semua akan ok. 

Pilihlah redha Dia sebelum pujian manusia 

Dan sebaik-baik perubahan itu adalah istiqamah dalam mujahadahnya.

Cemana nak istiqamah?

Biar sikit asalkan kekal.

Kalau dulu, kita selalu pesan kat kengkawan, :

" wey, kalau aku pakai macam dedah sana sini kau tegur ya" 
"nasihat aku kalau aku buat salah"
"tarik aku kalau aku hanyut"

Then kengkawan tegur jangan pulak kau aku, kita tengking dia. memang susah untuk terima nasihat tapi hadam kan jugak. Nasihat kawan tu tandanya dia sayang kita tau ! 


Aku ni tak pandai berceramah bagai, kalau tegur pon memang kasar, so  klau ada apa apa yang 
aku buat,  buat korang semua tak senang duduk, pm tau. aku sayang semua. jumpa kat SANA nanti. 

Dewasa

Hidup kita berbeza-beza. Tiada yang cepat, tiada yang lambat Jalan sudah terukir Hanya kau terima atau tidak Alhamdulillah, Tahun 2022 semua...